Tuesday, 9 April 2013

aku & dia



Terdengar satu lagu nie tadi.... tiba-tiba jaaa boley pulak aku tersenyum sorang-sorang..... (gila kah??) tersenyum sorang-sorang sebab lagu ni terus mengingatkan aku kat dia si Capital A. ^_^.  (Coiiii... gatai gila aku).. hikhikhik... lagu ni santai jaa tapi aku lebih tertarik kat dy punya lirik... sebabnya aku terlalu banyak kekurangan kalau nak dibandingkan dengan dia... tapi dia masih menerima segala kelemahan aku (hah.. terima la sangat kann)

AINAN TASNEEM - 150 JUTA

Untuk kali ke seratus lima puluh juta, Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?, Apa kau buta apa kau pura-pura suka


Di seratus lima puluh juta kali itu, Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu, Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


Dia mungkin bengis seperti singa, Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara, Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia


Dah lebih seratus lima puluh juta kali, Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi, Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya, Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja, Terus kau cubit dagu aku sambil berkata


Sayang mungkin baran tak kira masa, Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala, Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya


Buat apa dicerita,Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya,Peduli orang kata


Baju ronyok tak apa, Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna, Kalau hati tak ada


Aku lebih bengis dari sang naga, Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa, Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena, Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala, Aku punya manja kau saja boleh rasa
...Rahsia kita berdua...







TERIMA KASIH to my sayang kerana terlalu banyak bersabar dengan perangai aku yang terlalu ego ni dan melayan kerenah aku yang kadang-kadang buat ang sakit hatiii.....

thanx jugak sebab sudi terima segala kekurangan aku...


///
aku sayang  
BUDAK GILA 
sorang tu.
 ^_^

Monday, 8 April 2013

alwayz be carefull !!

kawan-kawan, baru-baru nie dompet & wallet aku hilang... -__- ... sedih sangat... sapa lah insan yang bertuah yang mencuri wallet aku tu... dah sah-sah kau tengok gaya aku ni macam student kan, yang kau curik tu apsal? haaa amek kau, tak dew isi pon dalam wallet aku tuu haaa...!! aku tak kesah sangat kalau dy amek fon aku ja, tapi wallet tu yang watkan aku menangis teresak-esak tu,,... mana taknya, dalam tu ada tiket bas aku kot..... agak-agak la derrrrr.... kau tak kesian kew tengok muka aku nie.... (muka excited nak balik kampung).....

yang paling tak ley belah sekali, dah la si pencuri ni mencuri kat dalam SURAU... !! ya allah...... jahatnya... manusia zaman sekarang dah tak boley dipercayai dah... patutlaahhh... patutlaa masa aku tengah dok solat tu aku rasa tak sedap hati.... lama pulak aku solat ary tu.... orang lain dah abes aku tak habes2 lagi..... untuk pengetahuan kawan2, aku letak wallet & phone di dalam beg galas... si pencuri tu telah ambik kesempatan masa orang tengah solat tu, dy menyelongkar beg aku untuk mencuri... tak paa...  tapi dy tak amek pulak phone buruk aku ni kan. naseb baik dy tinggal juggak kat aku.. law tak mampos aku nak kena cari public phone..... huhuhuh/.,....

aku tertekan sangat masa tu sebab tiket bas aku ada dalam wallet aku... aku pulak time tu seposen pon tak dak kot....... hanya berdoa ja yang aku mampu..... allah kan sentiasa ada untuk hamba-hambanya... alhamdulillah... ada jugak insan yang baik hati yang bagi kat aku TIKET BAS FREE untuk aku balik kampung.... huhuhuhu... terharunya.. terima kasih akak.... pas tu datang pulak sorang pak cik ni hulurkan aku  not RM50 & RM10 kat aku..... tak sangka pulak sebenarnya di sebalik wajah suci dy tu, dy ada niat tak baik kat aku... dy nak aku jadikan dy SUGAR DADDY aku...... ieeeee... tolonglaaaa.... dy sanggop nak tempah tiket flight untuk aku balik dari kedah-kl nanti, siap nak belanja aku shopping bagai & paling tak ley belah, dy siap nak bank-in duit kat aku... perghhhhhhhh........

baik bersebab..... siottttt betull... di sebalik kebaikkan dy tu rupa2nya dy nak kenakan aku... sorrryyy... walaupon aku susah, aku tak perlukan manusia yang dipanggil SUGAR DADDY tu okeyh... aku masih ada maruah lagi.......

ujian itu datang dari allah.... aku redha dengan apa yang berlaku kat aq.... harap2 pencuri tu dapat hidayah daripada allah... amin....

kepada kawan-kawan aku kat luar sana terutamanya perempuan... jagalah diri sebaiknya.. jangan mudah percaya kat insan dan persekitaran kat sekeliling kita... jangan mudah tertipu dengan kesenangan yang orang nak bagi.. mana la tahu kan kalaw2 dy ada niat tak baik ka... aku tak nak apa yang jadi kat aku ni berlaku kat ampa semua.... be careful okey!!!
^_^

pesanan ikhlas daripada ANAK NYAT !! hikhik