Thursday, 25 April 2013

BUDAK MERAJUK

assalamualaikum


 .................................................................................................................................................................

sebelum ni aku ada wat entry pasai budak merajuk tu kan...... alhamdulillah... tak sia-sia aku karang panjang-panjang entry tu.... akhirnyaaaaaaaa....... dia mengalahhhhhhh,... hoooorrrraaaayyyy...!

sebelum ni budak merajok tu nak bukak blog pon tak reti. oleh sebab tu, pueh aku mesej dy siap bagi link blog aku gi ni haa semata-mata nak suruh dy nengok... macam tak percaya pulak yang dia sanggop pi bukak blog aku tengok.... dah tu boley pulak tanya aku apa MOTIF aku wat macam tu....

perhhhhh...!!! cek rasa macam nak perang dy habes-habesan jew time 2.. tapi nasib baik la ada k.nadh yang  bagi idea untuk karang ayat bunga2 cikit bagi dy cayaaq kannn... kalau ikut hati aku memang dah x dak mood dah aku nak balas mesej tu haaa... (perghh.. kejam!!)

dan akhirnya setelah sekian lama berperang dengan perasaan, (ayat novel kot)
kami kembali macam dulu............ ^_^

                                                

                                                      

Sunday, 21 April 2013

maafkan aku...~




"it's okey if u mad at me,      
but please....            
let me say.....
I'M SORRY...!! "

maafkan aku... 
aku tahu aku salah..
dah terlalu banyak aku sakitkan hati ang..
aku sepatutnya pujuk ang bila ang marah......
tapi aku dah biarkan ang sorang-sorang dalam keadaan marah...
aku tak patut buat macam tu kan ??

mood aku baik jaaaa semalam....
boleh gelak lagi tu kira okey la kannn....
tapi entah kenapa aku cukup terasa sangat dengan kata-kata ang semalam....
terus aku letak phone...
air muka aku dah berubah.. 
tak lagi segembira tadi....

ang call aku lagi..
tapi aku tak angkat....
ang kol aku banyak kali... 
aku tak angkat jugak.....
aku mintak maaf,...
aku terlampau marah sangat masa tu...
aku takot kalau aku angkat, aku akan lagi wat ang sakit hati....

so, aku ambik keputusan untuk mendiamkan diri...
diam diri tu lebih baik kan?
tapi salah.... 
kali ni bukan lagi call yang aku dapat, tapi mesej dari ang....
yang aku ingat adalah ayat terakhir ang dalam mesej tu.:
 ".............. ang memang macam nak suruh aku tinggal ang jaa.. " 

mengeluh panjang aku bila baca mesej nie....
terlalu rapuh hubungan yang terbina antara aku dengan dia..
tapi aku tak sangka serapuh ini...

setiap kali pergaduhan, 
aku cuba untuk elakkan perkataan 'perpisahan' tu. 
aku ambik masa yang lama untuk balas mesej ang... 
aku cuba nak aturkan ayat terbaik untuk selesaikan masalah kita..

tapi macam ang cakap...
aku ni kan bodoh.....
mana mampu nak selesaikan masalah even masalah yang kecik sekalipun.
aku dah buatkan masalah yang keruh tu bertambah keeruhh....

last mesej dari ang yang aku dapat..
"....................................................., biar mati xpa daripada aku dok m*some text missing*"

'SOME TEXT MISSING??'
aku tak dapat baca habes pon mesej tu.... 
aku kenal ang dah laamaaa..
so, aku tak rasa ang akan wat benda yang bukan-bukan sebab masalah remeh yang berlaku kat kita...
aku rasa ang dah cukup matang untuk buat benda tak sepatotnya,

pagi ni... 
aku mesej ang... tiada jawapan...
aku call.... sama jugak...
aku call lagi dan lagi......
sampai aku letih....

aku tak tahu apa yang aku nak buat lagi...
jarak kita jauh...
aku takkan maafkan diri aku kalau jadi apa-apa kat diri ang
dan yang paling aku takot,
kalau terjadi apa-apa kat ang, mungkin aku orang last yang akan tahu sebab aku jauh dari ang...

baru semalam aku suruh ang dengar lagu FIRMAN-KEHILANGAN,
dan aku harap ang akan nyanyikan untuk aku nanti..
bila aku hayati lirik lagu tu,,,
hanya Allah yang tahu apa perasaan aku masa tu....
sekarang ni, betul-betul aku rasa kehilangan....


kalau dulu aku selalu cakap dekat ang yang aku tak sabar nak habeskan LI.
tapi sekarang ni lain pula ceritanya..
terlalu banyak kenangan kita dekat KEDAH sana......
aku tak mampu hidup dalam kenangan tu..
mungkin aku akan lebih banyak belajar kat KL...

akhir kata dari aku,
aku mintak maaf atas segala kesalahan aku yang telah aku wat dekat ang..

terima kasih sebab dah jadikan kehidupan aku lebih bermakna dengan kehadiran ang, walaupun tak lama....
..............................................................(*;*)........................................................


Tuesday, 9 April 2013

aku & dia



Terdengar satu lagu nie tadi.... tiba-tiba jaaa boley pulak aku tersenyum sorang-sorang..... (gila kah??) tersenyum sorang-sorang sebab lagu ni terus mengingatkan aku kat dia si Capital A. ^_^.  (Coiiii... gatai gila aku).. hikhikhik... lagu ni santai jaa tapi aku lebih tertarik kat dy punya lirik... sebabnya aku terlalu banyak kekurangan kalau nak dibandingkan dengan dia... tapi dia masih menerima segala kelemahan aku (hah.. terima la sangat kann)

AINAN TASNEEM - 150 JUTA

Untuk kali ke seratus lima puluh juta, Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?, Apa kau buta apa kau pura-pura suka


Di seratus lima puluh juta kali itu, Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu, Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


Dia mungkin bengis seperti singa, Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara, Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia


Dah lebih seratus lima puluh juta kali, Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi, Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya, Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja, Terus kau cubit dagu aku sambil berkata


Sayang mungkin baran tak kira masa, Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala, Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya


Buat apa dicerita,Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya,Peduli orang kata


Baju ronyok tak apa, Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna, Kalau hati tak ada


Aku lebih bengis dari sang naga, Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa, Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena, Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala, Aku punya manja kau saja boleh rasa
...Rahsia kita berdua...







TERIMA KASIH to my sayang kerana terlalu banyak bersabar dengan perangai aku yang terlalu ego ni dan melayan kerenah aku yang kadang-kadang buat ang sakit hatiii.....

thanx jugak sebab sudi terima segala kekurangan aku...


///
aku sayang  
BUDAK GILA 
sorang tu.
 ^_^

Monday, 8 April 2013

alwayz be carefull !!

kawan-kawan, baru-baru nie dompet & wallet aku hilang... -__- ... sedih sangat... sapa lah insan yang bertuah yang mencuri wallet aku tu... dah sah-sah kau tengok gaya aku ni macam student kan, yang kau curik tu apsal? haaa amek kau, tak dew isi pon dalam wallet aku tuu haaa...!! aku tak kesah sangat kalau dy amek fon aku ja, tapi wallet tu yang watkan aku menangis teresak-esak tu,,... mana taknya, dalam tu ada tiket bas aku kot..... agak-agak la derrrrr.... kau tak kesian kew tengok muka aku nie.... (muka excited nak balik kampung).....

yang paling tak ley belah sekali, dah la si pencuri ni mencuri kat dalam SURAU... !! ya allah...... jahatnya... manusia zaman sekarang dah tak boley dipercayai dah... patutlaahhh... patutlaa masa aku tengah dok solat tu aku rasa tak sedap hati.... lama pulak aku solat ary tu.... orang lain dah abes aku tak habes2 lagi..... untuk pengetahuan kawan2, aku letak wallet & phone di dalam beg galas... si pencuri tu telah ambik kesempatan masa orang tengah solat tu, dy menyelongkar beg aku untuk mencuri... tak paa...  tapi dy tak amek pulak phone buruk aku ni kan. naseb baik dy tinggal juggak kat aku.. law tak mampos aku nak kena cari public phone..... huhuhuh/.,....

aku tertekan sangat masa tu sebab tiket bas aku ada dalam wallet aku... aku pulak time tu seposen pon tak dak kot....... hanya berdoa ja yang aku mampu..... allah kan sentiasa ada untuk hamba-hambanya... alhamdulillah... ada jugak insan yang baik hati yang bagi kat aku TIKET BAS FREE untuk aku balik kampung.... huhuhuhu... terharunya.. terima kasih akak.... pas tu datang pulak sorang pak cik ni hulurkan aku  not RM50 & RM10 kat aku..... tak sangka pulak sebenarnya di sebalik wajah suci dy tu, dy ada niat tak baik kat aku... dy nak aku jadikan dy SUGAR DADDY aku...... ieeeee... tolonglaaaa.... dy sanggop nak tempah tiket flight untuk aku balik dari kedah-kl nanti, siap nak belanja aku shopping bagai & paling tak ley belah, dy siap nak bank-in duit kat aku... perghhhhhhhh........

baik bersebab..... siottttt betull... di sebalik kebaikkan dy tu rupa2nya dy nak kenakan aku... sorrryyy... walaupon aku susah, aku tak perlukan manusia yang dipanggil SUGAR DADDY tu okeyh... aku masih ada maruah lagi.......

ujian itu datang dari allah.... aku redha dengan apa yang berlaku kat aq.... harap2 pencuri tu dapat hidayah daripada allah... amin....

kepada kawan-kawan aku kat luar sana terutamanya perempuan... jagalah diri sebaiknya.. jangan mudah percaya kat insan dan persekitaran kat sekeliling kita... jangan mudah tertipu dengan kesenangan yang orang nak bagi.. mana la tahu kan kalaw2 dy ada niat tak baik ka... aku tak nak apa yang jadi kat aku ni berlaku kat ampa semua.... be careful okey!!!
^_^

pesanan ikhlas daripada ANAK NYAT !! hikhik



Tuesday, 5 March 2013

senyum dalam sedih

assalamualaikum

mungkin kali ni tak sama macam entry aku yang lain..
tak tahu nak diluahkan dengan kata-kata
yang pasti, aku harap sangat yang aku berjaya lepasi masalah yang membelenggu aku sekarang nie...




semoga semuanya berjalan dengan baik.....
insya-allah
^_^


Monday, 25 February 2013

my midnight sun

...BEAST...  


korea korea & korea.....
memang kegilaan aku semenjak aku berkawan dengan si NURUL SYIFA SYAMIMI SEPRAN...

dulu bukan main ANTI lagi aku dengan fan korea nie.... sekarang, haaaa, amek kau!!!!
bukan setakat aku yang CIPAK dah berjaya meluaskan pengaruhnya, semua housemate aku pon turut terjebak sekali.... adoiii...!!!
(kuat betul pengaruh hang CIPAK)

ni lah punca segala kejadian.....
pandai betul CIPAK..
first video klip yang dia tunjukkat aku ialah lagu BEAUTIFUL...
perghhhh..... serius beb.. gua jatuh cintan pandangan pertama kowt...
huh... kussss semangat den tengok dy...
empunya pic di atas namanya ialah 
SON DONG WOON..!


dilahirkan pada 06 JUN 1991
(wow.... beza 2 tahun ja kot dengan aku.... )
ada chance nie (tergedik pulak)
hikhik

nickname dy ialah SONSEUKO.
dia adalah pemilik darah jenis A.... 
still lagi budak sekolah sayang aku nie..
sekolah dia kat HANYOUNG HIGH SCHOOL
(sebelah sekolah aku... hahah)



alamak.. tercerita banyak pulak pasal DONG WOON...
okeyh.. pic kat bawah ni pulak YANG YO SEOB..
(jangan berani usha dia. ni yang CIPAK punya)


comel kan?????
sejak aku LI ni dah lama aku tak layan KOREA.... tak dak cipak, hilang mood aku nak layan KOREA... tengok... betapa pentingnya SYIFA' MECHU.... 

k lahh... kalau bercerita pasal KOREA ni sampai besok pon belum tentu habes...
ok,..
chaw dulu..

.......ASSALAMUALAIKUM......








Sunday, 24 February 2013

signorina ika

...SIGNORINA IKA...

assalamualaikum..

kenapa pulak ada nama budak kecik ni nieyh..?? .. hehehe... okeyh..... 

IKA adalah my BFF masa kami semester 1 di PSAS... kenapa aku nak buat entry pasal dia pulak??

sebenarnya aku nak buat pengakuan yang aku memang la selalu jugak la dok stalker dia punya blog... kebetulan pulak time aku sign in tadi, aku terrperasan dia punya entry .. entry dy kali ni pasal aku... heheh... pasal aku??? apehal pulak??? 

semalam pada pukul 12.14am,aku dapat mesej dari ika:

"good luck Atun :* sorry, i cann't be the best for you  ):  love you  :)"

kebetulan time tu aku tengah otw nak pergi melaka, ada hal sikit.. terkejut la jugak aku sebab tetiba ja kan dapat mesej macam tu... dah agak dah ni mesti ad something  ni... 

to my BFF, 
setiap perkara yang terjadi kat dunia pasti ada hikmah di sebaliknya..
mesti dy pon tahu semua nie.... (tapi aku degil nak bagi tahu jugak2)
Allah dah merancang semuanya untuk kita.... tolonglah jangan salahkan diri ang untuk setiap apa yang berlaku kat kita ok..... ang dah wat aku rasa bersalah dengan ang pulak padahal aku dah pon lupakan semua masalah yang berlaku niiee....

mungkin sekarang ni jarak kita yang jauh membuatkan ang rasa macam tu....
tapi kalau ang nak taw, dah macam2 plan dah dalam kepala otak aku ni untuk aktiviti-aktiviti pada cuti semester selama 2 bulan nanti... 
haaaa... 2 bulannnn!!! gila ang nak dok saja kat rumah.. boring cekk...

lagipon ada good news nie... HALEDA SYUHADA KASIM pon akan join kita nanti.. hahahaha... my ex-roomate.... dy akan tidur kat rumah aku.. boley la kita spend time bersama macam dulu..... seingat aku QILA, SUE & MYZA pon pernah bagi taw yang dy nak datang KEDAH kan..??? 
law depa boley join sekali lagi best.... jom3.... x sabar dah nie.......heheh

tapi macam biasa laa.... aku pon mesti akan bawak NUR AMIRAH OMAR join kita sekali... 
nanti aku akan rodger2 ang okeyh.....!!
hehehe
jangan sedey2 lagi... tak comei kot dok sebek sangat.. nanti berkedut...... heheh

kalau ada lagi yang tak kenal IKA a.k.a COMEL, haaaa, ni lah dia..... law sapa2 nak berkenalan dengan dia nanti roger aku k.. ( budak hot psas ika nieh) hahaha 





dalam album aku bersepah gambar aku dengan dy jaaaa.... terserlah berapa 'close'nya kami.... kan?? hikhik

ni pulak AMIRA.... aku kenal dia since kami masih kecik lagi....
 dah sah2 pic ni tulis tahun 2009 kan.... muka budak2 sekolah lagi... hahha.... poyo gila...

nie mira dengan AQILAH.... anak sedara aku.... dua-dua comel kan....




to ika.... 
perasan tak lirik lagu apa niey???

Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah

Reff:
Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok

Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita-cita dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada

Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi bersamaku hingga akhir datang

Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah yeah
Dengar ku bernyanyi lalalalala heyeyeyeyeyayaya
Dedum dedudedadedudidam semua ini belum beakhir

Back to Reff:
Satu ‘kan langkah langkah yang beriring
Genggam hati rangkul emosi
Genggamlah hatiku satukan langkah kita
Sama rasa tanpa pamrih
Ini cinta across the sea
Peluklah diriku terbang bersamaku
Melayang jauhh.. woo..woo.. yeeahhh.. (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yg menerima kelemahan hati
Yea.. aku cinta kau.. ini cinta kita
Cukup satu waktu yes untuk satu cinta
Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
Rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
Bahagia hingga ujung waktu

perasan tak part yang aku bold tu....? aku betul2 tujukan dekat ang tuu... hhehe/.... jangan sedey2 lagi ok..... 
-_@







Tuesday, 19 February 2013

aku dalam dilema.. -_-

assalamualaikum

kali ni memang aku betul-betul dalam dilema nieyh.....! dilema?? apa tuh??? 

DILEMA
ialah situasi yang sulit dimana kita harus menentukan di antara 2 pilihan yang tidak menyenangkan...



apa yang aku dok dilema sangat tuh?

belum pon tamat Latihan Industri kat KL ni, aku dah memeningkan kepala aku ni dengan bermacam-macam soalan yang entah apa pa...tulahh yang menunjukkan betapa excitednya aq nak habeskan LI ni cepat-cepat.... macam-macam benda yang aku boley wat kat kampung aku sampaikan aq jadi dilema nak wat yang mana 1 nieyh.... heiii... memang suka buat terokk betul aku ni.. 

antaranya ialah:

1) aku konpiush ni sama ada aku patot kerja ke tak selama aku cuti sem 2 bulan nanti..
    aku mungkin akan kerja kat YAWATA JITRA nanti... lebih dekat dengan buah hati aku... hehehe.. tapi...  
    kalau aku kerja, macam mana pulak aku nak jalankan plan aku time cuti nanti??

aku plan lepas abes jew LI aku terus nak amek lesen kereta.... VROOMMM VROOMMM.!! heehehe... (tak sabarnya) ley bawak family aku jalan-jalan...

tapi.... aku jadi konpiush pulak nak amek ke tak lesen kereta... (aikk.. apasal pulak dah) sebab dy aku ni kan seorang yang agak tamak lagi haloba, so aku ingat aku nak habeskan duit tu untuk modal aku pergi jalan-jalan dengan MIRA selama aku bercuti nanti... tapi, macam membazir plak.... ishhh.... 

aku pon ada la jugak berangan-angan nak belajar menjahit baju kurung kat mak aku.... bila aku bagi taw mak aku terus kena gelak+perli..... fuhhh... rasa macam menyesal pulak aku bagi taw mak aku... mak aku gelakkan aku sebab dia ingat aku ni juz hangat-hangat tahik ayam jew.., sob2... sedih doo..
yang aku semangat sangat nak menjahit tu bukan apa, aku dok berangan-angan, masuk semester 5 nanti boley la aku pakai baju yang dijahit oleh air tangan sendiri nie.... hahaha.. ni memang betul-betul angan-angan mat jenin ni.... hikhik.....

lagi satu... aku dah plan yang cuti nanti aku nak berjoging setiap pagi... nak jaga kesihatan & meningkatkan stamina sikit...... asyik dok dalam opiz ja.. benak jugak kan lama-lama.... tapi bergantung laaa.... kaaalaaauu aku tak hanyut tidur di awal pagi laaaa.... hehehe........

aku harap, segala benda yang aku plan ni akan menjadi... tapi law aq kerja, mana ley jalan semua yang aku plan nie... ummmmmm....... dilema betulll.....




Monday, 4 February 2013

Tidurrrrrrr... *-* Zzzzz...

ASSALAMUALAIKUM

TIDUR
perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.... aku dulu selalu jugak tertidur dalam kelas... boleh dikatakan hampir setiap kelas aku tidur tak kiralah kelas pagi or petang... bila aku praktikal, aku dah tak selalu tidur dah... apa sebabnya??? apa sebabnya dulu aku selalu sangat tertido dalam kelas???



antara puncanya ialah:

- aku terlalu minum banyak sangat KAFEIN... kenapa pulak? bukan ka kafein membantu kita jadi segar dan meningkatkan konsentrasi? yup... memang betul.. memang betul jika jumlah kafein yang diambil tidak mencapai dos yang berlebihan. bila kafein terlalu banyak dalam kopi, kadar degupan jantung kita akan bertambah, tekanan darah akan meningkat, dan ada kajian mengatakan boleh membuatkan badan kita jadi lemah. lepas tu kita akan jadi ketagih dan badan kita pon jadi bertambah lemah....

-aku jugak sangatlah  suka BERJAGA LEWAT MALAM.. akibatnya aku tak cukup tidur... sepatutnya jumlah jam tidur yang disarankan ialah 7-8 jam. tapi aku dulu pukul 3-4 pagi baru nak tidur... bangun seawal jam 6.30 pagi untuk siap2 solat subuh then pergi kelas... memang tertidoo la ceritanya time dalam kelas kan.... tapi alhamdulillah... tak pernah kantoi lagi lah dengan lecturer... hehhe.. pandai-pandai laa berlakon mak cikk~

-aku jugak di antara golongan yang KURANG MINUM AIR MASAK. so, badan aku pon mulalah mengalami DEHIDRASI. tak kiralah kalau kita bersenam ka, kerja kat opiz ka, or belajar pon kena minum air yang cukup.......

3 faktor ni lah yang menyebabkan aku jadi lemah dan asyik tertidur dalam kelas...

banyak lagi sebenarnya faktor yang terlibat, contohnya TEKANAN EMOSI, ANEMIA (kurang darah merah), TAK AMBIL SARAPAN PAGI, dan TIDAK CUKUP TENAGA sebab diet yang terlampau.....

dan sekarang bila aku dah tahu sebab-sebanya, aku dah mula kurangkan kafein dalam minuman aku... hahah... (kuranglah sangat kan~) .. tidur pulak pukul 10 malam pon dah start rasa mengantuk gila dah (tu pon sebab penat sangat kerja).... errr pasal banyak minum air masak tu masih lagi tengah mencuba... hehe... bukan sonang den nak tinggal tabiat buruk den tu haaa...

okay... tu ja kot... tak mo cerita panjang bab ni.. takot ada pulak orang yang tertido kang.... 

sekian,

assalamualaikum
^_^


Sunday, 3 February 2013

beriadah @ Taman Layang-Layang

......assalamualikum.....

sempena hari wilayah persekutuan, aku sebagai pelajar praktikal @ jkr kl dapat lah cuti sehari.. asal sehari jew?? kenapa tak 2 or 3 kew...??? (memang tak taw bersyukur betul aku nie...) 

untuk menjadikan hari cuti aku ni supaya lebih bermakna sikit, aku pon cari laa port2 terdekat dengan rumah aku.... daripada asyik terperap ja kat rumah tu macam katak, baik aku keluar ambik angin  kat luar supaya sedunia sikit ngan orang... ingat nak cari tempat yang ada SAWAH PADI, sedih sangat sebab tak dak... (macam gila ja cari sawah kat kl.. demam kah??) 

TIBA-TIBA...


yezzzz!!! aku dah sampai ke TAMAN LAYANG-LAYANG .. masa ni KAK NYAH n AFIQ baru lepas joging... tu yang muka penat ja tuh masing-masing.. muka yang bersemangat sangat tu yang tak joging..... (malaz sangat) so, aku hanya membuat pemantauan di kawasan sekitar taman permainan... teringin nak join budak2 kecik naik gelongsor.. tapi malluuuuuuu sangat... ramai la pulak petang tu kan.... terpaksa la mengalah.... huuuuuuhhhh~

jaga si kecik AQILAH ni bermain.... peramah betul budak nii... sekejap ja dah dapat kawan....!

haaa tengok...... dah dapat kawan baru aku dilupakan ... sob sob.... sampai hati....

memang tak lengkap la kalau tak bawak FATINsekali kan.....hehe


haaa. dekat taman layang-layang ni jugak ada tasik yang besar.. cantik sangat tasik ni & boleh memancing jugak.... 
aku g taman layang-layang tapi aku tak main layang-layang pon.. heheh... next time lahh

haaaammboihhhh... kemain lagi kan posing.... jaga-jaga... kang jatuh dalam tasik tu kang....
aku dah la tak pandai berenang.. (cehhh... macam dalam sangat ja tasik tu..)

lepas kami pusing-pusing kat taman , kami bergegas balik sebab dah nak maghrib.. 
macam burung pulang kew sarang.....

hehehehehe....
itu ja kot untuk kali nie...


ASSALAMUALAIKUM
^_^





Wednesday, 30 January 2013

PUTRAJAYA ohhh PUTRAJAYA

"atun, siap cepat... jom kita pergi Putrajaya"

hah????!!! (sambil gosok mata sebab baru bangun tido time 2..) 

'aku kat mana ni haa???' (masih mamun lagi)

owhhhh.... lupa... aku dah kat kl rupanya. dalam pukul 7.00 pagi tadi aku sampai rumah KAK NAD. terpaksa laa menumpang rumah orang sebab besok aku nak kena pergi site meeting kat johor awal2 pagi pulak.... sorry kak nad terpaksa menyusahkan.....(lari topik pulak)

PUTRAJAYA... rasa2nya last aku jejak kaki kat putrajaya pon masa tu umur aku dalam darjah 4 kot... alang2 dah orang ajak ni, tnggu bapak gi..... memang pantang tolak laaa.... dengan muka tak malu, 

"wah seronoknyaa,..... jom!!! " perghh... terserlah ketebalan muka  tuu haa....heee~

aku tak berapa taw sangat nama2 tempat kat Putrajaya ni... so... tengok jaa laa gambar yang telah di snap nie...... teeet~

di hadapan ISTANA KEHAKIMAN..... 
(ketinggian aku tu palsu belaka...)


 yeay..... selalu tengok kat tv jaaa.. kali ni depan mata sendiri.. hambek kau!!

ni lah KAK NAD yang bersimpati mengizinkan aku menumpang rumah dy tu...
hahaha (ayat macam aku ni anak terbuang pulak rasa) sob sob


haaa... ni mak kak nad .... btw, macam ular pulak jambatan kt belakang tu

sebelah kak nadh ialah KAK SITI


ni bukan lagi kat jambatan ok... ni kat MASJID BESI.... subhanallah.. cantik bebeno masjid nie.... jadi peeeraak aku tengok..........





bila kak nadh dah mula posing..... hahahah
pic ni dekat dengan MONUMEN....

SEKIAN untuk entry kali nie....... !   

(malas nak type dah...)



^_^












juvanaa !!!

akhirnya..... setelah puas menunggu......... 


dapat jugak den tengok cerita JUVANA bersama orang yang tersayang.. kes tu lah ada dua tiket nie haa..... cerita nie keluar 24 JANUARI 2013.. aku pergi lewat sikit lah kiranya nie...

 macam tak dak cinema pulak kat kl ni kan.... sanggop balik kampung semata-mata nak tengok.... (padahal aku cuti maulidurrasul & thaipusam time tu.) alaaa.... kalau kat kl tak dapat la aku nak tengok ngan dia..

aku balik kampung malam rabu. so, dia lah yang datang ambik aku.. ingatkan buley la nak tengok Midnight kan, tapiii.... hummm... entah laa.. aku pon tak tahu kenapa tak jadik.... mybe disebabkan aku penat sangat kot.....

btw, cerita ni memang seronok... tak ley bagi banyak, 4 bintang cukup.... yang tersangat excited nak tgk jugak2 cerita ni tu disobabkan den ni memang berkonan bonar dengan si BOTAK tu haaa,.... botak2 dia pon still encem kowt...... inikan pulak ada rambut kan... lagi la kan....

 aku suka sangat watak dia dalam nie... sentiasa COOL jew..... jahat2 dia pon, akhir sekali dy mula insaf & siap ajak kawan2 dy kembali ke pangkal jalan gi haa....

dy punya ending pon membuatkan aku puas hati tengok....... nak tahu apa ending dy>????

cuba laa pergi tengok sendiri law nak tahu........

  ^_^

















Tuesday, 22 January 2013

what goes around, comes around

assalamualaikum...


MENANGIS.
semua orang pernah menangis...
aku pon selalu gak nangis...(selalu sangat)
bila geeeraaammmm sangat2 mula laa nak mengalirkan air mata.......
bila sedeyyyyyyy sangat2 pon mula laaaa.........

kadang-kadang tu, menangis boley membuatkan hati kita jadi puas....
bila dah abes nanges, hati kita akan  rasa puasss sangat......
muncul semangat baru yang membuatkan kita jadi lebih bersemangat untuk terus hidup...

kadang-kadang kita perlukan masa untuk bersendirian...
kadang-kadang kita selalu terfikir benda yang membuatkan hati kita sedih....
kadang-kadang kita selalu berharap seseorang akn datang pada kita dan mendengar luahan hati kita...
INGAT,...
allah sentiasa ada untuk kita..... (pesanan untuk diri sendiri jugak)


hati ni bukan untuk disepak terajang...... hati ni pon akan berhenti menangis kalau disakiti berkali-kali....  hati ni akan jadi serik kalau kerap kali disakiti...... mungkinkah???? ada ja yang yang x serik2 lagi... (macam aku)

so, kesimpulannya ialahhhh:
"menangislah kalau tangisan tu boleh meredakan perasaan marah atau menghilangkan sedikit kesedihan kita"

................ ^_^...................